Mengenai VAESA

Visual Art Education Student Association atau dikenali sebagai VAESA telah ditubuhkan pada tahun 2004. VAESA adalah sebuah persatuan pelajar yang bernaung di bawah Fakulti Pendidikan UiTM Shah Alam. Persatuan ini diterajui sepenuhnya oleh pelajar-pelajar Pendidikan Seni dan Seni Reka, Fakulti Pendidikan dimana ahli jawatankuasa VAESA dipilih melalui undian. VAESA memberi peluang kepada pelajar-pelajar membentuk sifat kepimpinan dalam diri dengan mendedahkan mereka kepada cara mengendali sesebuah aktiviti dan program. Selain itu, VAESA juga menjadi sebuah platform kepada para pelajar untuk menjual hasil karya mereka kepada umum.







No comments:

Post a Comment