Monday, 5 October 2015

Perjumpaan VAESA Oktober 2015

Perjumpaan ahli VAESA bersama pensyarah telah diadakan di studio utama, Fakulti Pendidikan pada Jumaat, 2 Oktober 2015. Perlantikan ahli jawatankuasa yang baharu telah dilaksanakan terutama bagi mengisi kekosongan jawatan timbalan presiden VAESA yang disandang oleh pelajar semester 8 yang lalu. Selain itu, perjumpaan tersebut juga membincangkan mengenai pelaksanaan aktiviti VAESA pada semester ini. Antara aktiviti dalam kalender VAESA semester ini adalah trip ke Cameron Highland, pameran di MIDF dan Skyrides Festival Park, Putrajaya.









No comments:

Post a Comment